Catatan

Prinsip latihan senaman (Principles of exercise training) {Kekuatan otot}

Imej
Pengenalan: Bryan Clay merupakan seorang atlet olahraga balapan dan padang di Amerika yang telah memenangi pingat emas dalam acara Decathlon ketika di pertandingan Olimpik di Beijing, China pada tahun 2008, serta beliau telah mengambil alih gelaran pemenang Olimpik pada tahun 2002 iaitu Sebrle. Sebrle mencatat rekod dunia dalam acara Decathlon di mana mempungut 9000 skor markah pada tahun 2001.      Decathlon merupakan acara yang mencabar kekuatan fizikal atlet pada tahap tinggi di mana mereka perlu bertanding dalam beberapa acara untuk menguji larian pecutan, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi dan 400m dalam hari yang pertama. Pada hari kedua pula mereka perlu bersaing dalam acara 110m lari berpagar, lempar cakera, lompat bergalah, merejam lembing dan larian 1500m.      Dalam bab ini kita ingin mengupas tentang cara latihan yang spesifik untuk acara dalam sesuatu sukan. Latihan kekuatan otot yang intensif akan meningkatkan prestasi atlet untuk menyertai pertandingan Decathlon k

Kesalahan 'blood doping' dalam sukan

Imej
 Kemajuan bidang sains sukan semakin dipandang tinggi untuk setiap negara meningkatkan prestasi atlet negara mereka. Adakalanya, mereka terlalu taksub untuk atlet meningkatkan prestasi dalam masa singkat dan ada juga atlet sendiri yang berbuat begitu.  Antara atlet yang pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana pengambilan 'blood doping' di Malaysia melibatkan atlet-atlet ternama seperti Dato' Lee Chong Wei ketika sukan SEA 2017. Sebagai atlet no 1 dunia pun tidak lari dari membuat kesilapan sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar berkenaan makanan tambahan yang diambil. Oleh itu, stiap atlet wajar mengambil iktibar supaya merujuk apa sahaja makanan kesihatan dan makanan tambahan kepada pihak Institut Sukan Negara yang memang arif tentang teknologi sukan dan perubatan dalam sukan. Apakah yang dimaksudkan dengan 'blood doping'? 'Blood doping' adalah salah satu daripada agen fisiologikal yang dicadangkan sebagai bantuan ergogenik (ergogenic aids). Agen

Mengapa Sains Sukan penting untuk pembangunan sukan?

Imej
Hari ini kita bincangkan berkenaan sains sukan. Sains sukan adalah aplikasi prinsip saintifik untuk menerangkan fenomena sukan dan menyediakan keperluan untuk meningkatkan prestasi seseorang individu atau kumpulan. Walaupun manusia biasa mencari pelbagai cara untuk bersaing secara kompetitif melalui sukan, sains sukan sangat berhubung kait dengan disiplin anak muda yang bersukan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia dan sains sukan menjadi popular suku abad ke 20. Pada tahun 1950 dan 1960, pengasas Soviet Union dan Eastern bloc countries yang diaplikasikan prinsip fizik dan fisiologi sukan dan berjaya meningkatkan prestasi sukan di peringkat dunia. Perkembangan ini bermula di USA pada tahun 1960. Di United Kingdom, sains sukan dikenalpasti dan menjadi disiplin pada awal 1980 apabila ahli fisiologi senaman, ahli biomekanik, ahli psikologi sukan, ahli nutrisi dan ahli profesional daripada subjek lain yang memberikan pelbagai pendekatan untuk menganalisis dan meningkatkan prestasi suk

Fokus Fisiologi senaman dan sukan. Definisi anatomi dan fisiologi.

Imej
Fisiologi senaman dan sukan telah berkembang daripada perkara asas anatomi dan fisiologi. Definisi anatomi Anatomi adalah belajar berkenaan struktur organisma. Sementara itu, anatomi memfokuskan struktur asas pelbagai bahagian tubuh badan dan pehubungkait aktivitinya. Definisi fisiologi Fisiologi adalah belajar berkenaan dengan fungsi tubuh badan. Ahli fisiologi belajar bagaimana sistem organ, tisu, sel badan berkerja, dan belajar bagaimana molekul dan sel berkerjasama. Mereka juga mengkaji fungsi kesemua tadi membantu mengawal persekitaran bersepadu dalam tubuh badan dan ianya dipanggil proses 'homeostasis'. Kerana fisiologi lebih memfokuskan fungsi stuktur badan, memahami pembelajaran anatomi adalah perlu. Tambahan pula, kedua-dua anatomi dan fisiologi bergantung kepada pengetahuan biologi, kimia, fizik dan asas sain yang lain. Definisi Fisiologi Senaman   Senaman fisiologi adalah untuk mengkaji bagaimana fungsi tubuh badan boleh diubah apabila didedahkan kepada senaman yang

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Imej
     Hari ini kita kupas berkenaan ukuran padang bola sepak dunia.      Padang bola sepak di Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia turut dikenali sebagai 'football pitch atau 'soccer field'. Padang untuk sukan bola sepak ini ada pelbagai seperti rumput semulajadi (contoh rumput jenis cowgross) atau rumput tiruan (rumput sintetik). Permukaan warna padang kebiasaanya kita akan jumpa berwarna hijau.     Oleh disebabkan perumusan undang-undang yang telah ditetapkan di England dan keunggulan awal dari empat Persatuan British dalam IFAB. Dimensi piawaian ukuran padang bola sepak pada mulanya dalam sistem imperial. Penggunaan sistem kiraan imperial tetap sama di sesetengah negara besar, terutamanya United Kingdom. Dalam gambar di bawah  kita boleh lihat ukuran padang bola sepak Cuju 3000 tahun lepas: Padang bola sepak tahun 1900: Padang bola sepak olimpik tahun 1900: Carta ukuran padang: Ukuran padang bola sepak kini: Ukuran ini telah mengikut spesifikasi ukuran yang telah d