Fokus Fisiologi senaman dan sukan. Definisi anatomi dan fisiologi.
Fisiologi senaman dan sukan telah berkembang daripada perkara asas anatomi dan fisiologi.
Definisi anatomi
Anatomi adalah belajar berkenaan struktur organisma. Sementara itu, anatomi memfokuskan struktur asas pelbagai bahagian tubuh badan dan pehubungkait aktivitinya.
Definisi fisiologi
Fisiologi adalah belajar berkenaan dengan fungsi tubuh badan. Ahli fisiologi belajar bagaimana sistem organ, tisu, sel badan berkerja, dan belajar bagaimana molekul dan sel berkerjasama. Mereka juga mengkaji fungsi kesemua tadi membantu mengawal persekitaran bersepadu dalam tubuh badan dan ianya dipanggil proses 'homeostasis'.
Kerana fisiologi lebih memfokuskan fungsi stuktur badan, memahami pembelajaran anatomi adalah perlu. Tambahan pula, kedua-dua anatomi dan fisiologi bergantung kepada pengetahuan biologi, kimia, fizik dan asas sain yang lain.
Definisi Fisiologi Senaman
Senaman fisiologi adalah untuk mengkaji bagaimana fungsi tubuh badan boleh diubah apabila didedahkan kepada senaman yang mencabar proses homeostasis. Kerana persekitaran terhadap orang yang melakukan senaman akan mengaklami impak yang besar, persekitaran fisiologi muncul sebagai subdisiplin fisiologi senaman.
Fisiologi sukan menerapkan konsep fisiologi senaman untuk meningkatkan prestasi sukan dan mengoptimakan latihan terhadap atlet. Oleh itu, fisiologi sukan memperoleh prinsip daripada fisiologi senaman. Kerana fisiologi senaman dan sukan adalah sangat berkait rapat dan bersepadu, ianya selalu sukar untuk dibezakan antara keduanya. Kerana prinsip sama didasarkan kepada fisiologi senaman dan sukan.
Info ini dipetik dalam buku
Ulasan
Catat Ulasan