Mengapa Sains Sukan penting untuk pembangunan sukan?

Hari ini kita bincangkan berkenaan sains sukan.






Sains sukan adalah aplikasi prinsip saintifik untuk menerangkan fenomena sukan dan menyediakan keperluan untuk meningkatkan prestasi seseorang individu atau kumpulan. Walaupun manusia biasa mencari pelbagai cara untuk bersaing secara kompetitif melalui sukan, sains sukan sangat berhubung kait dengan disiplin anak muda yang bersukan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia dan sains sukan menjadi popular suku abad ke 20. Pada tahun 1950 dan 1960, pengasas Soviet Union dan Eastern bloc countries yang diaplikasikan prinsip fizik dan fisiologi sukan dan berjaya meningkatkan prestasi sukan di peringkat dunia. Perkembangan ini bermula di USA pada tahun 1960. Di United Kingdom, sains sukan dikenalpasti dan menjadi disiplin pada awal 1980 apabila ahli fisiologi senaman, ahli biomekanik, ahli psikologi sukan, ahli nutrisi dan ahli profesional daripada subjek lain yang memberikan pelbagai pendekatan untuk menganalisis dan meningkatkan prestasi sukan.

Pada tahun 1984, British Association of  Sport dan Exercise Science (BASES) ditubuhkan secara spesifik untuk mengembangkan pautan dan komunikasi berkenaan pembelajaran sukan secara saintifik. Jabatan sains sukan juga, terutamanya di Loughborough, Leeds dan Brighton, dimulakan dengan kajian dan pengajian diperingkat ijazah yang diperkenalkan di Universiti. Hanya sedikit sahaja Universiti yang telah memperkenalkan Ijazah Sains Sukan dalam lingkungan 10 Universiti pada tahun 1980. berbanding kini lebih 90 Universiti menawarkan subjek Sains Sukan  di seluruh negara. Peruntukan untuk Sains Sukan meningkat mendadak selepas tahun 1990 dan mengembangkan peluang pekerjaan dalam bidang sukan. Pembangunan pesat bidang Sains Sukan meningkatkan bilangan syarikat melabur jumlah fasiliti kecergasan komersial seperti David Loyd Leisure dan Virgin Active.

Terdapat 200 jenis pekerjaan yang melibatkan industri sukan dan kecergasan, dengan 371800 orang sedang bekerja dalam 17600 bisnes berkaitan sukan (SkillsActive, 2015). Tambahan pula, terdapat 30000 orang bekerja sebagai pelatih sukan dan instruktor kecergasan yang berdaftar dalam Register of Exercise Professionals (REPs) (SkillsActive, 2015). Ahli saintis sukan telah menjadi watak utama untuk meningkatkan prestasi sukan pada tahap tertinggi pasukan atau atlet. Begitu juga jurulatih, pasukan berkumpulan yang memerlukan ahli fisiologi, ahli biomekanik, penganalisis prestasi, ahli nutrisi, ahli psikologi dan ahli terapi urutan sukan sebagaimana mereka boleh meningkatkan peluang untuk ahli sukan meningkatkan prestasi.

Menurut BASES, Sains Sukan mempunyai 3 prinsip disiplin:

- Biomekanik; menggunakan prinsip mekanikal untuk memahami pergerakan manusia dan bagaimana badan manusia berinteraksi dengan peralatan dan radas.

-Fisiologi; menggunakan sains biologi untuk mengkaji bagaimana badan bertindak balas terhadap senaman dan latihan.

- Psikologi; menggunakan prinsip psikologi untuk menyediakan persoalan berkaitan kelakuan yang ditetapkan dalam sukan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC