Prinsip latihan senaman (Principles of exercise training) {Kekuatan otot}
Pengenalan:
Bryan Clay merupakan seorang atlet olahraga balapan dan padang di Amerika yang telah memenangi pingat emas dalam acara Decathlon ketika di pertandingan Olimpik di Beijing, China pada tahun 2008, serta beliau telah mengambil alih gelaran pemenang Olimpik pada tahun 2002 iaitu Sebrle. Sebrle mencatat rekod dunia dalam acara Decathlon di mana mempungut 9000 skor markah pada tahun 2001.
Decathlon merupakan acara yang mencabar kekuatan fizikal atlet pada tahap tinggi di mana mereka perlu bertanding dalam beberapa acara untuk menguji larian pecutan, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi dan 400m dalam hari yang pertama. Pada hari kedua pula mereka perlu bersaing dalam acara 110m lari berpagar, lempar cakera, lompat bergalah, merejam lembing dan larian 1500m.
Dalam bab ini kita ingin mengupas tentang cara latihan yang spesifik untuk acara dalam sesuatu sukan. Latihan kekuatan otot yang intensif akan meningkatkan prestasi atlet untuk menyertai pertandingan Decathlon kerana ia merupakan sukan yang sangat mencabar bagi menyertai 10 acara dalam masa 2 hari sahaja.
Latihan Kekuatan Otot (Muscular strength):
Definisi kekuatan ialah kekuatan maksimum otot atau kumpulan otot yang dihasilkan. Seseorang yang yang boleh melakukan bench press maksimum 100kg (220lb) mempunyai dua kali ganda seseorang yang boleh melakukan bench press maksimum 50kg (110lb). Contoh menunjukkan definisi kekuatan ialah maksimum beban yang boleh diangkat oleh seseorang hanya ditentukan oleh sekali usaha angkatan. Hal ini merujuk kepada 1 ulangan maksimum atau 1RM. Untuk menentukan seseorang itu boleh mengawal neural saraf otot adalah dengan menggunakan 1 RM dahulu.
Berikut merupakan antara 10 latihan senaman bagi membina keuatan otot yang boleh digunakan.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-5454295268431332"
crossorigin="anonymous"></script>
Ulasan
Catat Ulasan