6 Jersi Messi di Piala Dunia 2022 dilelong
New York: 6 set jersi Lionel Messi yang dipakai semasa kemenangan di Piala Dunia 2022 yang lalu akan dilelong pada Disember ini. Sotheby’s mengumumkannya pada Isnin, dijangka nilainya sebanyak US$10 juta. Bintang Argentina dan pemenang Ballon D’Or itu telah memakai jersi tersebut ketika separuh masa pertama menentang Arab Saudi dan Mexico, kemudian menentang Australia, Belanda dan Croatia dan di perlawanan akhir Piala Dunia ketika menentang Perancis. Sorheby’s berkata jika jersi-jersi itu dapat dijual lebih tinggi daripada nilai US$10 juta akan menjadikan jualan itu sebagai jualan paling berharga bagi koleksi lelong. Untuk rekod lelongan sebelum ini jersi individu paling berharga ialah jersi lagenda bola keranjang Michael Jordan ketika perlawanan akhir NBA bersama Chicago Bulls pada tahun 1998 yang bernilai US$10.1 juta.