Catatan

Mengapa Sains Sukan penting untuk pembangunan sukan?

Imej
Hari ini kita bincangkan berkenaan sains sukan. Sains sukan adalah aplikasi prinsip saintifik untuk menerangkan fenomena sukan dan menyediakan keperluan untuk meningkatkan prestasi seseorang individu atau kumpulan. Walaupun manusia biasa mencari pelbagai cara untuk bersaing secara kompetitif melalui sukan, sains sukan sangat berhubung kait dengan disiplin anak muda yang bersukan di seluruh dunia termasuk negara Malaysia dan sains sukan menjadi popular suku abad ke 20. Pada tahun 1950 dan 1960, pengasas Soviet Union dan Eastern bloc countries yang diaplikasikan prinsip fizik dan fisiologi sukan dan berjaya meningkatkan prestasi sukan di peringkat dunia. Perkembangan ini bermula di USA pada tahun 1960. Di United Kingdom, sains sukan dikenalpasti dan menjadi disiplin pada awal 1980 apabila ahli fisiologi senaman, ahli biomekanik, ahli psikologi sukan, ahli nutrisi dan ahli profesional daripada subjek lain yang memberikan pelbagai pendekatan untuk menganalisis dan meningkatkan prestasi suk

Fokus Fisiologi senaman dan sukan. Definisi anatomi dan fisiologi.

Imej
Fisiologi senaman dan sukan telah berkembang daripada perkara asas anatomi dan fisiologi. Definisi anatomi Anatomi adalah belajar berkenaan struktur organisma. Sementara itu, anatomi memfokuskan struktur asas pelbagai bahagian tubuh badan dan pehubungkait aktivitinya. Definisi fisiologi Fisiologi adalah belajar berkenaan dengan fungsi tubuh badan. Ahli fisiologi belajar bagaimana sistem organ, tisu, sel badan berkerja, dan belajar bagaimana molekul dan sel berkerjasama. Mereka juga mengkaji fungsi kesemua tadi membantu mengawal persekitaran bersepadu dalam tubuh badan dan ianya dipanggil proses 'homeostasis'. Kerana fisiologi lebih memfokuskan fungsi stuktur badan, memahami pembelajaran anatomi adalah perlu. Tambahan pula, kedua-dua anatomi dan fisiologi bergantung kepada pengetahuan biologi, kimia, fizik dan asas sain yang lain. Definisi Fisiologi Senaman   Senaman fisiologi adalah untuk mengkaji bagaimana fungsi tubuh badan boleh diubah apabila didedahkan kepada senaman yang

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Imej
     Hari ini kita kupas berkenaan ukuran padang bola sepak dunia.      Padang bola sepak di Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia turut dikenali sebagai 'football pitch atau 'soccer field'. Padang untuk sukan bola sepak ini ada pelbagai seperti rumput semulajadi (contoh rumput jenis cowgross) atau rumput tiruan (rumput sintetik). Permukaan warna padang kebiasaanya kita akan jumpa berwarna hijau.     Oleh disebabkan perumusan undang-undang yang telah ditetapkan di England dan keunggulan awal dari empat Persatuan British dalam IFAB. Dimensi piawaian ukuran padang bola sepak pada mulanya dalam sistem imperial. Penggunaan sistem kiraan imperial tetap sama di sesetengah negara besar, terutamanya United Kingdom. Dalam gambar di bawah  kita boleh lihat ukuran padang bola sepak Cuju 3000 tahun lepas: Padang bola sepak tahun 1900: Padang bola sepak olimpik tahun 1900: Carta ukuran padang: Ukuran padang bola sepak kini: Ukuran ini telah mengikut spesifikasi ukuran yang telah d

Sejarah permainan bola sepak dunia sebelum menjadi sukan kegemaran ramai bernama CUJU

Imej
Sejarah bermulanya sukan bola sepak Semua orang tahu akan sukan bola sepak yang kini menjadi kegemaran ramai dari seluruh pelosok dunia. Sukan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat veteran atau warga emas. Nak bercerita tentang sejarah bola sepak kita lihat dari mana sebenarnya sukan ini dilahirkan atau dimana sukan ini mula-mula diwujudkan, ada banyak  kisah yang kita boleh ambil tahu. Sukan bola sepak berasal dari negara China bola kulit CUJU     Kalau anda ingin tahu sukan bola sepak  berkembang dan bermulanya di negara China dalam lingkungan 3000 tahun yang lepas sekitar 500 B.C. Ia mula dikenali dengan nama sukan ' CUJU' (kick-ball) dengan menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit. Objek kulit tersebut disepak untuk dimasukkan kedalam gol diperbuat daripada dua tiang. Permainan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan perlu ada 12-16 pemain. Wanita juga bermain sukan cuju semasa era tersebut. Anda boleh lihat vid

Maksud huruf M cara raikan gol Diogo Jota Liverpool vs Leichester 3-0 [video perlawanan]

Imej
 EPL 2020/2021: Perlawanan pada pagi tadi menyaksikan Liverpool menang 3 gol tanpa balas menentang pasukan Leichester United. Perlawanan boleh dikatakan agak seimbang sebenarnya. Namun kesilapan pertahanan Leichester tertanduk ke arah gawang gol sendiri menyebabkan kesemua pemain terpaku termasuk pemain Liverpool. Kemudian diikuti gol kedua jaringan daripada Diogo Jota menanduk masuk gol hasil hantaran lintang menarik Robertson. Namun cara Jota meraikan gol menjadi tanda tanya peminat-peminat Liverpool dengan melakukan aksi huruf M dengan tangannya. Namun sebenarnya Jota pernah meraikan seperti ini semasa perlawanan di UCL. M membawa maksud kampung halamannya 'Massarelos' sebuah kawasan di Porto, Portugal. Hal ini hanya teori sahaja. Dalam perlawanan ini Liverpool agak sukar untuk melawan prestasi penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel yang beberapa kali melakukan aksi menyelamat yang baik. Selepas melakukan beberapa percubaan, Roberto Firmino akhirnya dapat menjaringkan gol