Sejarah permainan bola sepak dunia sebelum menjadi sukan kegemaran ramai bernama CUJU
Sejarah bermulanya sukan bola sepak
Semua orang tahu akan sukan bola sepak yang kini menjadi kegemaran ramai dari seluruh pelosok dunia. Sukan ini boleh dimainkan oleh semua peringkat umur dari peringkat kanak-kanak sehingga peringkat veteran atau warga emas. Nak bercerita tentang sejarah bola sepak kita lihat dari mana sebenarnya sukan ini dilahirkan atau dimana sukan ini mula-mula diwujudkan, ada banyak kisah yang kita boleh ambil tahu.
Sukan bola sepak berasal dari negara China
Kalau anda ingin tahu sukan bola sepak berkembang dan bermulanya di negara China dalam lingkungan 3000 tahun yang lepas sekitar 500 B.C. Ia mula dikenali dengan nama sukan ' CUJU' (kick-ball) dengan menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit. Objek kulit tersebut disepak untuk dimasukkan kedalam gol diperbuat daripada dua tiang. Permainan dimainkan oleh dua pasukan, setiap pasukan perlu ada 12-16 pemain. Wanita juga bermain sukan cuju semasa era tersebut. Anda boleh lihat video ini menunjukkan bukti permainan ini wujud pada 2300 tahun lepas.
Kita juga boleh lihat video dibawah bagaimana sukan Cuju dimainkan oleh orang China pada zaman dahulu.
Menarik bukan!!! Orang China dahulu menggabungkan kungfu China dalam permainan Cuju sangat mengagumkan. Jika mereka masih menggunakan cara ini untuk bermain bola sepak moden kini mungkin akan jadi seperti dalam filem terkenal China bertajuk Shaolin Soccer. Kita lihat sedikit highlight filem Shaolin Soccer.
Dah tengok menarikkan..hahaha.
Pada tahun 800 A.D. telah wujud satu organisasi liga bola sepak profesional di China dan sukan yang sama wujud di Korea dan Jepun.
Sukan bola sepak mula dimainkan di England sekitar 1100 A.D dimainkan dengan peraturan yang bebeza dan cara berbeza daripada sukan Cuju dari China dimana pemain bermain dalam kumpulan yang besar, kadan-kadang satu kampung main dalam padang yang besar. Peraturannya pula boleh bermain menggunakan balingan, sepakan atau dibawa ke arah gol lawan. Peraturannya membolehkan pemain bermain secara liar dan kasar. Permainan berkali-kali telah disekat kerana menyebabkan kekasaran melampau serta menyebabkan kecederaan yang sangat teruk kepada pemain.
Sukan ini dimodenkan pada kali pertama bermula pada abad ke 20 dimana Pertubuhan bola sepak ditubuhkan telah menetapkan 'undang-undang permainan' pada tahun 1863. Pada tahu 1882 Pertubuhan lembaga bola sepak antarabangsa (IFAB) ditubuhkan dan masih memerhatikan undang-undang yang sesuai untuk digunakan pada ketika itu. Kemudian FIFA ( Federation Internationale de Football Association) ditubuhkan pada tahu 1904 dan menjalankan pertandingan di peringkat antarabangsa. FIFA menetapkan pertandingan Piala Dunia, Piala Eropah dan Piala Asia untuk menyemarakkan lagi kemeriahan sukan bola sepak di peringkat dunia.
Semoga info ini bermanfaat bagi anda semua!!!!!!!!!!!!!!!
Ulasan
Catat Ulasan