Selamat tinggal KL City, JDT bos baru!
Kuala Lumpur: Spekulasi perpindahan penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Romel Morales ke Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya terjawab setelah rasmi milik Pasukan JDT Ia susulan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu memperkenalkan Morales sebagai pemain terbaharu mereka bagi menghadapi musim 2024/25. Pengumuman itu telah dibuat Harimau Selatan menerusi satu video berdurasi 42 saat di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, Morales yang berasal dari Colombia itu pernah mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) termasuk PKNS, Melaka United dan Kuala Lumpur (KL) City. Bintang berusia 26 tahun itu tela membuat penampilan bersama skuad kebangsaan di pentas Piala Asia 2023 baru-baru ini dengan dia meledak gol penyamaan Harimau Malaya ketika mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E. Kehadiran pemain kelahiran Colombia itu bakal menambah kekuatan bahagian serangan JDT dengan dia bakal bergandingan bersama penyerang import Harimau