Lagenda badminton kecewa Malaysia tewas tanpa ada mata di Akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC)

 


KUALA LUMPUR: Lagenda badminton Malaysia Datuk Lee Chong Wei mengakui 'semakin berputus asa' dengan badminton Malaysia dan menegaskan perubahan perlu dilakukan bagi menyelamatkan dan meningkatkan prestasi sukan itu di negara ini.

Lagenda badminton negara, Lee Chong Wei menyuarakan perkara berkenaan selepas menyaksikan Malaysia tewas tanpa ada kemenangan 0-3 di tangan China pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), Ahad lalu.

Pasukan barminton China membuktikan status sebagai gergasi dunia biarpun hanya menurunkan pasukan kedua pada kejohanan kali ini.

Gelaran juara bagi saingan wanita pula dirangkul Pasukan badminton India manakala Malaysia tersingkir di peringkat suku akhir.

Kejohanan BATC kali ini penting turut menawarkan mata ranking ke Sukan Olimpik Paris 2024 selain empat pasukan terbaik layak secara automatik ke Piala Thomas dan Uber di Chengdu, China, April depan.

"Saya tahu perkara yang sebenarnya menyakitkan, tetapi saya fikir badminton Malaysia akan terus merosot jika tiada sebarang tindakan dilakukan," kata Chong Wei yang dipetik daripada akhbar The Star.

"Sekarang ini, saya rasa seperti mahu berputus asa dengan badminton Malaysia," tambahnya yang bersara pada 2019 dengan pencapaian terbaik memenangi tiga pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kali muncul naib juara dunia.

Bekas pemain nombor satu dunia itu, berkata badan induk badminton di Malaysia perlu menggiatkan lagi usaha bagi memberi pendedahan kepada pemain muda sambil mendakwa pemain sekarang tidak mempunyai disiplin dan komitmen tinggi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC