Catatan

2.0 PEMAKANAN TINGKATAN 1 KSSM

Imej
  PEMAKANAN -Pengambilan makanan selamat dan sihat penting untuk kita berpandukan kepada makronutrien dan mikronutrien. -Selain itu, jika dengan menjaga pemakanan selamat dan sihat dapat mengurangkan berat badan dan menangani obesiti. FUNGSI NUTRIEN - Untuk perkembangan badan dan tumbesaran badan. - Selain memberikan keseimbangan sel dan tisu, pembekal tenaga untuk melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian.  Atlit terutamanya perlu faham berkaitan fungsi nutrien untuk mencapai prestasi ke tahap maksimum. Nutrien yang seimbang boleh membina tubuh badan yang sihat dan berkualiti serta dapat menghasilkan ATP (Adenosine Triphospate) tenaga dengan banyak dan mencukupi untuk atlit menjalankan aktiviti latihan dan pertandingan. Nutrien terbahagi kepada dua: MAKRONUTRIEN - Terdiri daripada karbohidrat, protein serta lemak. - Ketiga-tiga makronutrien tersebut membekalkan tenaga dalam kuantiti yang banyak kepada tubuh badan atlit. MIKRONUTRIEN - Terdiri daripada mineral serta vitamin -

Permainan Bola Jaring Tingkatan 1 KSSM

Imej
 BOLA JARING - Bola jaring ialah satu permainan yang diubah suai daripada permainan bola keranjang pada tahun 1897. - Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan, 7 pemain dalam gelanggang bagi setiap pasukan. - Setiap pemain hanya boleh bergerak di gelanggang dalam kawasan tertentu. - Tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol sebanyak yang boleh oleh penjaring gol yang dibenarkan dalam bulatan gol menyerang. - 1 perlawanan biasanya dimainkan empat suku, setiap suku 15 minit. Pasukan pemenang ialah pasukan yang dapat menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan. - Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) bertanggungjawab untuk mengembang dan mempromosikan permainan bola jaring di Malaysia. - Manakala di peringkat antarabangsa, bola jaring ditadbir oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Associations, IFNA). - Piala Dunia dianjur 4 tahun sekali. Gelanggang dan posisi pemain Peralatan  Apa yang murid perlu tahu! Simpan saya - Kemahiran m

DSKP PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN KSSM

  DSKP iaitu dokumen standard kurikulum dan pentaksiran merupakan salah satu bahan utama yang perlu disediakan oleh para guru menjelang bermulanya sesi persekolahan di awal setiap tahun. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Kebaikan dilaksanakan penilaian berasaskan sekolah adalah untuk murid yang berada. pada aras lemah kerana guru boleh mempelbagaikan instrument bergantung pada tahap murid. Pendidikan Jasmani & kesihatan sering berdepan dengan situasi di mana guru-guru bukan guru lulusan PJPK yang mengajar subjek ini di kebanyakan sekolah di Malaysia. Oleh itu, DSKP ini banyak membantu guru-guru untuk membolehkan mereka boleh mengajar dengan baik dalam subjek ini. Dibawah merupakan DSKP PJPK untuk setiap tingkatan satu hingga tingkatan lima. Nak muat turun sila klik: https://drive.google.com/drive/folders/1K2Qt24w2Zf7fegR4qcxoWUPi5SS6-B2K?usp=share_link Semoga bermanfaat untuk rakan-rakan.

Tips diet: Jus buah-buahan vs smoothie (Pilihan nutirisi baik atau hanya sumber gula)

Imej
Jus buah-buahan dan smoothie berkait rapat dengan sumber 'GULA' yang banyak. Walaubagaimanapun, gula yang berbentuk fruktosa yang mana tidak memberi impak yang besar kepada tahap glukosa dalam darah daripada glukosa yang terkandung dalam gula biasa, minuman bergas dan biskut manis. Jus buah-buahan dan smoothie mengandungi kandungan vitamin dan mineral yang tinggi. Apa yang tiada dalam jus buah-buahan dan smoothie ialah serat yang hanya ada dalam buah sebenar. Serat hanya boleh diperolehi pada kulit buah dan teras buah seperti epal, begitu juga segmen sitrus yang ada pada buah seperti oren.  Serat mempunyai banyak peranan yang boleh membuatkan  membuatkan kita berasa kenyang serta memperlahankan seberapa cepat kita boleh makan sesuatu makanan itu. Sementara itu kita boleh minum 6 hingga 8 biji oren dalam jus buah yang dibuat atau smothie. Kesimpulannya, kedua-dua jus buah-buahan dan smothie adalah larutan pekat dan nutrisi yang baik untuk kesihatan badan tetapi jika anda makan

Haaland seperti Johan Cruyff (highlight Manchester City Vs Dortmund) #soccer#football

Imej
Pep Guardiola menyamakan Erling Haaland dan Johan Cruyff ketika penyerang Manchester City itu menjaringkan gol kemenangan sensasi menentang bekas kelab Borussia Dortmund. Pemain Norway itu tidak mendapat rentak baik sepanjang sebahagian besar permainan tetapi berada di tempat yang betul pada masa yang tepat untuk menyempurnakan secara akrobatik hantaran silang Joao Cancelo dengan hanya enam minit masa biasa berbaki. Gol itu adalah usaha yang hebat daripada Haaland dan pengurus Guardiola membuat perbandingan antara penyerangnya dan ikon Barcelona Cruyff - pemain Belanda itu telah menjaringkan gol yang hampir sama semasa bermain di Camp Nou. Highlight perlawanan Dortmund VS Manchester City