Permainan Bola Jaring Tingkatan 1 KSSM

 BOLA JARING


- Bola jaring ialah satu permainan yang diubah suai daripada permainan bola keranjang pada tahun 1897.





- Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan, 7 pemain dalam gelanggang bagi setiap pasukan.

- Setiap pemain hanya boleh bergerak di gelanggang dalam kawasan tertentu.

- Tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan gol sebanyak yang boleh oleh penjaring gol yang dibenarkan dalam bulatan gol menyerang.

- 1 perlawanan biasanya dimainkan empat suku, setiap suku 15 minit. Pasukan pemenang ialah pasukan yang dapat menjaringkan gol terbanyak dalam perlawanan.

- Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) bertanggungjawab untuk mengembang dan mempromosikan permainan bola jaring di Malaysia.

- Manakala di peringkat antarabangsa, bola jaring ditadbir oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Associations, IFNA).

- Piala Dunia dianjur 4 tahun sekali.


Gelanggang dan posisi pemain










Peralatan 





Apa yang murid perlu tahu!

Simpan saya


- Kemahiran menghantar bola dan menerima bola dari pelbagai aras dan arah.

- Pelbagai jenis hantaran boleh dilakukan agar bola dapat diterima oleh rakan dengan tepat dan selamat.

- Jenis hantaran bergantung kepada kedudukan rakan yang akan menerima bola.

- Pemain perlu belajar bila dan ke mana untuk menghantar bola serta jenis hantaran yang sesuai.


Jenis-jenis hantaran

- Hantaran aras dada.

- Hantaran aras bahu

- Hantaran aras kepala

- Hantaran lantun 

- Hantaran sisi



Kemahiran menerima bola


- Memerlukan koordinasi mata dan tangan.

- Dalam permaina, bola akan datang dari pelbagai arah dan aras.

- Bola boleh diterima menggunakan sebelah tangan atau dua belah tangan.

- Jika tidak menguasai kemahiran menerima bola akan menyebabkan ritma serangan serangan tergendala dan memiliki bola semula.







Murid perlu ingat ' Watch your step' (Pivot)

- Kemahiran gerak kaki dalam bola jaring adalah penting semasa pemain menerima bola sebelum mereka menghantar bola kepada rakan, sebelum menjaringkan gol atau mendarat selepas menangkap bola di udara.

- Gerak kaki yang betul juga dapat membantu pemain untuk menukar arah dengan lebih pantas sebelum membuat hantaran dan jaringan dengan lebih berkesan.

- Gerak kaki yang melanggar undang-undang permainan boleh mengakibatkan pihak lawan diberikan hantaran percuma.

- Kemahiran gerak kaki boleh dilakukan dengan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki, sebelah kaki atau setengah langkah setelah menangkap bola.

- Sila tingkatkan kemahiran gerak kaki anda melalui permainan "Watch your step".










Mari sedia untuk jaringkan gol


- Kemenangan bergantung kepada jumlah jaringan yang dapat dijaringkan.

- Jadi, pemain perlulah menguasai kemahiran menjaring dari pelbagai jarak dalam bulatan gol.

- Hanya pemain di posisi GS- Gol Shooter dan GA- Gol Attack sahaja boleh menjaringkan gol dalam bulatan separuh kawasan menyerang.

- Percubaan jaringan boleh dilakukan dari mana-mana tempat dalam bulatan seperuh dengan menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan secara statik atau gerak selangkah dari pelbagai arah.







Jom buat ' Touch down' (Mengadang dan mengacah)

Menghadang
- Mengadang asas dalam permainan.
- Tujuan adalah untuk menghalang hantaran dan jaringan pasukan lawan.
- Kedudukan pengadang yang baik dapat mengehadkan sudut , hantaran ruang, dan kelajuan bola yang ingin dihantar oleh pihak penyerang.
- Pemain perlu berada berhampiran dengan pasukan lawan untuk melakukan hadangan yang baik.

Mengacah

- Merupakan kemahiran pergerakan pantas dan tangkas yang membolehkan pemain untuk membebaskan diri daripada pengadang untuk menerima hantaran.

- Boleh digunakan untuk menukar arah dengan cepat bagi mewujudkan ruang.










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Taktikal bola sepak 4-3-2-1 formasi pokok krismas

Manchester United:Ronaldo dan Maguire perlu dijual?