Catatan

Aksi longlai Malaysia U23.Thailand singkirkan Malaysia

Imej
  Foto kredit Football Association of Malaysia Kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun 2022: Setelah tewas 4-1 ketika berdepan dengan pasukan  Korea Selatan dengan aksi yang agak kurang baik, giliran Thailand pula menewaskan skuad bawah 23 tahun Malaysia sekaligus menunjukkan jalan keluar kepada pasukan Malaysia. Hal ini sangat memalukan apabila dilihat Malaysia tewas dengan jaringan yang agak besar kepada kedua-dua pasukan dalam kumpulan C. Gol Thailand dijaringkan Suphanat 23', Promsrikaew 69' dan Channarong 73' Skuad Brad Maloney nampak serba tidak menjadi ketika tewas kepada Korea Selatan dan Thailand. Hantaran yang tidak tepat, menyerkap bola yang tidak kemas, tidak fokus ketika bertahan sering tewas dengan hantaran lolos daripada pihak lawan. Skuad Malaysia sepatutnya lebih yakin kerana Thailand dan Vietnam pasukan daripada Asean yang telah sering menentang Malaysia dan mempunyai kekuatan yang hampir sama. Hanya pasukan Korea yang agak kuat dari segi prestasi semasa. Mala

Harry Maguire hero Everton (Game Highlight)

Imej
Harry Maguire  Perlawanan menarik antara Everton dan Manchester United minggu ini. Everton mengutip mata penuh di halaman sendiri Goodison Park. Kemenangan skuad Frank Lampard ini memberikan sedikit nafas lega untuk menjauhi 3 pasukan terbawah. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Gordon hasil rembatannya terkena Maguire dan bola terbias sehingga De Gea tidak dapat berbuat apa-apa pada minit 27' perlawanan.  Ronaldo nampak kecewa di minit-minit akhir sehingga beremosi menyepak bola keluar selepas pemain Everton lebih banyak melengah-lengahkan perlawanan. Pengadil melayangkan kad kuning atas insiden itu.  Game Highlight :

Manchester City risau jika tercicir mata.

Imej
Kevin De Bruyne menjaringkan gol; gambar Eurosport Pep Guardiola meminta pemain Manchester City supaya tidak berharap untuk melihat Liverpool kehilangan sebarang mata di penghujung musim ini kecuali ketika bertandang ke Stadium Etihad, hujung minggu depan. Pep Guardiola memimpin pasukannya mencipta kemenangan 2-0 di Burnley, untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas kedudukan teratas mereka dirampas oleh skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, selama beberapa jam. Jaringan Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan dalam separuh masa pertama permainan menghadiahkan City mata penting di Turf Moor untuk kemenangan 2-0 ketiga berturut-turut ke atas Burnley. “Kami meraih mata dan ada baki lapan perlawanan lagi. 24 mata perlu diraih,” kata Guardiola. "Mudah-mudahan Liverpool akan dapat ditewaskan ketika menentang kami tetapi selain daripada itu saya tidak fikir mereka akan keciciran mata. Kami perlu berasakan tekanan ini, menempuhinya dan menanganinya. Kami sangat perl

Piala Dunia Remaja Skuad wanita tewas besar di tangan Jerman

Imej
Gambar skuad wanita Malaysia tewas, ganbar; Facebook Malaysian Hockey Confederation. Pasukan Hoki Remaja Wanita Malaysia memulakan kempen peringkat Kumpulan D, Piala Dunia Remaja Wanita dengan kekalahan besar apabila tewas 0-10 menentang Jerman dalam aksi di Potchefstroom, Afrika Selatan hari ini. Jerman menjaringkan sembilan gol padang dan satu gol pukulan sudut penalti, dalam perlawanan ini Aina Kresken muncul penjaring hatrik. Pasukan Eropah itu membuka jaringan pada minit keenam hasil gol padang Aina Kresken sebelum pemain itu menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-10 dan ke-22. selepas itu Lilly Stoffelsma menyempurnakan gol pukulan sudut penalti tunggal perlawanan untuk permainan separuh masa pertama ditutup dengan kelebihan empat gol buat skuad bimbingan Akim Bouchouchi. Bersambung permainan suku ketiga, Jerman menjaringkan tiga gol pada lima minit terakhir suku tersebut bermula gol Jette Fleschutz pada minit ke-40 diikuti gol Sara Strauss seminit kemudian dan Lilly

Principles of training on sports

Imej
Have three principles for training  -Overload, Specifity, Reversibility  Overload -  Assigning a workout or training regime of a greater intensity than the athlete is accustomed to. (Baechle, and Earle, 2008, p. 380)  - To improve athletes must stress the body by working at increasingly higher intensities, this does need to be applied sensitively as much overload can lead to injury in the short term and overtraining in the long term.  Power Training video explains more about overload.  Specifity  -The method whereby an athlete is trained in specific manner to produce a specific adaptation or training outcome. (Baechle and Earle, 2008,p.379) -A coach must selects exercise or movements that mimic those present in a sport.  Video from Power Training explain more about Specificity Reversibility  -Referred to as the 'use it or lose' principle because it refers to the rapid loss of physiological adaptations occur when programne is terminated.  -McArdle, Katch and Katch (2