Langkau ke kandungan utama

Piala Dunia Remaja Skuad wanita tewas besar di tangan Jerman

Gambar skuad wanita Malaysia tewas, ganbar; Facebook Malaysian Hockey Confederation.

Pasukan Hoki Remaja Wanita Malaysia memulakan kempen peringkat Kumpulan D, Piala Dunia Remaja Wanita dengan kekalahan besar apabila tewas 0-10 menentang Jerman dalam aksi di Potchefstroom, Afrika Selatan hari ini.
Jerman menjaringkan sembilan gol padang dan satu gol pukulan sudut penalti, dalam perlawanan ini Aina Kresken muncul penjaring hatrik.
Pasukan Eropah itu membuka jaringan pada minit keenam hasil gol padang Aina Kresken sebelum pemain itu menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-10 dan ke-22.

selepas itu Lilly Stoffelsma menyempurnakan gol pukulan sudut penalti tunggal perlawanan untuk permainan separuh masa pertama ditutup dengan kelebihan empat gol buat skuad bimbingan Akim Bouchouchi.

Bersambung permainan suku ketiga, Jerman menjaringkan tiga gol pada lima minit terakhir suku tersebut bermula gol Jette Fleschutz pada minit ke-40 diikuti gol Sara Strauss seminit kemudian dan Lilly Stoffelsma merekodkan gol kedua peribadinya pada minit ke-43.

Tiga lagi gol dihasilkan Jerman pada suku terakhir perlawanan yang menyaksikan giliran Jule Bleuel (m’47), Verena Neumann (m’ 54) dan Sophia Schwabe (m’60) turut mencatat nama selaku penjaring.

Pada hari Ahad, 3 April, barisan bimbingan pengurus Nasihin Nubli Ibrahim akan turun untuk pertemuan kedua bagi Kumpulan D, kali ini bertemu Negara Wales pada pukul 3.00 petang waktu Malaysia.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC