Manchester City risau jika tercicir mata.
Kevin De Bruyne menjaringkan gol; gambar Eurosport
Pep Guardiola meminta pemain Manchester City supaya tidak berharap untuk melihat Liverpool kehilangan sebarang mata di penghujung musim ini kecuali ketika bertandang ke Stadium Etihad, hujung minggu depan.
Pep Guardiola memimpin pasukannya mencipta kemenangan 2-0 di Burnley, untuk kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas kedudukan teratas mereka dirampas oleh skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool, selama beberapa jam.
Jaringan Kevin De Bruyne dan Ilkay Gundogan dalam separuh masa pertama permainan menghadiahkan City mata penting di Turf Moor untuk kemenangan 2-0 ketiga berturut-turut ke atas Burnley.
“Kami meraih mata dan ada baki lapan perlawanan lagi. 24 mata perlu diraih,” kata Guardiola.
"Mudah-mudahan Liverpool akan dapat ditewaskan ketika menentang kami tetapi selain daripada itu saya tidak fikir mereka akan keciciran mata. Kami perlu berasakan tekanan ini, menempuhinya dan menanganinya. Kami sangat perlu memenangi kelapan-lapan perlawanan ini, jika tidak kami akan tidak menjadi juara."
Pep Guardiola menetapkan objektif untuk menjauhkan minda pemainnya daripada prospek memenangi trofi dan terus memberikan tumpuan kepada perlawanan yang seterusnya. Bagi Manchester City keutamaan berikutnya ialah perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) menentang Atletico Madrid di tempat sendiri, Rabu depan.
“Kami merasakan tekanan ini,” katanya lagi.
"Kami perlu menumpukan perhatian kepada UCL kemudian kami mempunyai lima hari untuk membuat persediaan bagi menghadapi Liverpool."
"Sejujurnya, kami tidak banyak bercakap tentang menjadi calon juara musim ini."
Komen Pep Guardiola, video daripada Blood Red Liverpool FC
Ulasan
Catat Ulasan