Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC
Melaka:
Bekas jurulatih berpengalaman Negeri Sembilan FC (NSFC), K Devan dipilih bagi membimbing skuad Melaka FC bagi saingan Liga M3, musim ini.
Pemilik Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pengalaman luas daripada K Devan menjadi tagihan kepada pasukan terbabit bagi memenuhi sasaran layak ke Liga Super musim depan
.
Katanya, strategi terbaik bakal disusun pengendali terbabit untuk memastikan penampilan cemerlang sepanjang saingan amat mencabar, musim ini.
"Kami perlu menyenaraikan sembilan pemain yang pernah beraksi di Liga Super, sekali gus mampu memberi nilai tambah buat Melaka FC.
"Sehubungan itu, perancangan latihan giat disusun menjelang aksi pembukaan liga dijangka pada penghujung April depan," katanya.
<amp-auto-ads type="adsense"
data-ad-client="ca-pub-5454295268431332">
</amp-auto-ads>
Nur Azmi berkata, pihaknya sentiasa perlu memastikan kebajikan pemain diambil perhatian termasuk bonus kemenangan akan diberikan kepada pemain.
Beliau berkata, seramai 18 pemain menandatangani kontrak selama setahun, hari ini, manakala baki tujuh pemain lagi akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
Sementara Itu, Devan berkata, pengalamannya membimbing beberapa pasukan termasuk Penang, Selangor, PJ City, Johor FC, Felda United dan Kelantan akan digunakan sebaik mungkin, pada Muslim kali Ini.
Menurutnya dia memilih Melaka FC kerana misi skuad terbabit untuk bersaing di Liga Super dan berharap kehadirannya mampu mereleasasikan misi terbabit.
Ulasan
Catat Ulasan