Faiq pemain terkaya cedera

 



London: Pemain bola sepak paling kaya di dunia telah dimasukkan ke hospital selepas cedera teruk ketika perlawanan. 

Faiq Bolkiah berumur 25 tahun iaitu anak saudara kepada Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan bernilai £15.85 bilion (RM95.64 bilion) telah dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama untuk pasukan Ratchaburi ketika menentang pasukan Police Tero dalam aksi Liga Thai kelmarin.

Hanya selepas beberapa minit dimasukkan, dia bertembung dengan pertahanan lawan dan kaki kanannya tersadung sehingga terpaksa diusung keluar oleh para medik.

Kecederaan yang agak serius itu menyebabkan dia telah dibawa ke hospital berhampiran. Presiden kelab Tanawat Nitikanchana melawat Faiq bersama keluarganya sebagai tanda sokongan moral kepada pemain itu.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Taktikal bola sepak 4-3-2-1 formasi pokok krismas

Permainan Bola Jaring Tingkatan 1 KSSM

Manchester United:Ronaldo dan Maguire perlu dijual?