Gol Ronaldo bawa Al-Nasr ke suku akhir AFC
RIYADH: Kehebatan Cristiano Ronaldo mengemudi Al-Nassr ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia awal pagi tadi ketika kelab Arab Saudi itu telah mengalahkan pencabar domestik Al-Fayha 2-0 untuk mara dengan agregat 3-0. Al-Nassr, yang menang perlawana pertama 1-0 minggu lalu menerusi gol Ronaldo sembilan minit sebelum tamat, lebih banyak menguasai di Al-Awwal Park dan mendahului gol pada minit ke-17 menerusi pemain sayap Portugal, Otavio. Bekas bintang FC Porto itu, yang menyertai Al-Nassr pada musim panas lalu, menanduk masuk dari jarak dekat untuk menjaringkan gol bagi perlawanan kedua berturut-turut buat kelabnya. Rakan senegaranya, Ronaldo, yang kelihatan akan menamatkan malam yang mengecewakan secara peribadi, dengan kapten Portugal itu beberapa kali dinafikan sepakan penalti dan tidak lama pada babak kedua dan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid. Ronaldo, yang berusia 39 tahun awal bulan ini, turut dilayangkan kad kuning pada masa kecederaan babak pertama kerana terjahan lewat denga