Martial dihukum selepas memberi komen kontroversi

 Martial penyerang Manchester United telah membuat kenyataan yang melibatkan Ole Gunnar Solskjaer.

Kelab Manchester United menegur Anthony Martial selepas menyatakan komen kontroversi semasa temubual pada minggu lepas. Martial diberikan peluang oleh Eric Ten Hag pada musim panas ini. Martial berkata ' Dua musim lepas saya kerap bermain dengan kecederaan. Orang ramai tidak tahu bahawa saya tidak dapat memecut dalam tempoh 4 bulan selepas musim Covid. Jurulatih Solksjaer memberitahu bahawa dia memerlukan saya, jadi saya bermain.

"Memandangkan permainan saya tidak begitu baik, apabila saya tidak dapat memecut, ia menjadi sangat rumit. Dan saya dibiarkan dalam keadaan yang sakit. Jurulatih tidak pernah peduli untuk memberitahu media. Jelas sekali, saya akhirnya mendapat kecederaan yang teruk dan apabila saya kembali sembuh, saya tidak bermain lagi.

"Saya merasakan sangat teruk. Saya mempunyai perasaan tidak adil. Anda diminta mengorbankan diri untuk pasukan dan di belakang anda dipecat. Bagi saya, ia adalah pengkhianatan, itu yang saya benci. Saya boleh dipersalahkan, tetapi bukan menjadi orang yang bermuka-muka."

Martial pemain terbaru yang bersuara menentang rejim Old Trafford sebelum ini Eric Bailly dan Dean Henderson, yang kedua-duanya lantang dalam temu bual sejak meninggalkan kelab secara pinjaman musim panas ini.

                                        


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC