Erling Haaland melabel Pep Guardiola sebagai "Pelik" dan sukar berada di Manchester City



Erling Haaland mengakui sukar untuk menyesuaikan diri di Manchester City. Dia menyatakan Pep Guardiola seorang yang pelik dan sangat teliti semasa melakukan arahan sebagai pengurus. Namun memuji taktikal pengurusan Pep selepas bintang itu menunjukkan prestasi yang baik dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini.


 Penyerang Norway itu memerlukan sedikit masa sahaja untuk mengganas untuk Manchester City selepas menjaringkan 12 gol untuk kelab barunya termasuklah hatrik yang dilakukan menentang Crystal Palace dan Nottingham Forest.


 Haaland dibeli dengan bayaran £ 51 juta dari Kelab Borrusia Dortmund. Haaland mengakui mengambil sedikit masa untuk mengikuti sepenuhnya arahan pengurusnya ketika perlawanan.


 Penyerang itu membandingkan sudut pandangan Pep Guardiola dengan dirinya ketika memberitahu Telemundo Deportes: "Saya merasakan dia seorang yang sedikit pelik tentang bola sepak sama seperti diri saya. Kami berdua sangat menyukai bola sepak dan Yeah, dia seorang pemain dan sekarang seorang pengurus dan Yeah, dia gila tentang bola sepak dan ini sesuatu yang saya suka kerana dia memikirkan segalanya tentang bola sepak, dan sentiasa ingin melakukan yang lebih baik, dan itu yang saya suka tentangnya.


 "Ianya sangat bagus setakat ini. Kamu boleh lihat dari gol dan cara bagaimana kami bermain. Ianya sistem yang sangat sukar dan saya berada dalam pasukan dan cuba untuk mengikut taktikal dengan secepat yang mungkin kerana saya tiada masa untuk memikirkan taktikal.


 "Saya tidak boleh membuang masa dengan sesuatu yang lain. Jadi saya mencuba masuk dalam pasukan secepat yang boleh. Sistem yang bagus, sistem yang sangat rumit, tapi baik.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC