Malaysia tewas, Safawi gagal sempurnakan penalti. Apa sudah jadi?


Singapura: Ikhsan Fandi membunuh Malaysia dengan dua jaringan. Permainan nampak seimbang namun agak sedikit keras dengan beberapa kad kuning dilayangkan kepada pemain. 

Skuad Kim Pan Gon terjerat dengan permainan serangan balas pantas Singapura ketika Malaysia hilang bola Singapura memanfaatkan peluang dengan sebaiknya. 

Taktikal Tatsuma Yoshida pengurus skuad Singapura menjadi dengan menggunakan formasi 3-4-3.

Banyak yang perlu diperbaiki oleh skuad Malaysia dibawah kendalian pengurus baru Kim Pan Gon. Kekalahan kepada pasukan Singapura yang berada di kedudukan 161 dunia agak mengecewakan peminat bola sepak Malaysia. Malaysia yang kini berada di kedudukan 154 dunia perlu lebih agresif untuk perlawanan seterusnya.
taktikal formasi skuad Malaysia tewas. 

Ikhsan Fandi menjaringkan gol di minit 30', Kemudian Malaysia berpeluang untuk menyamakan kedudukan di separuh masa kedua di minit 49' namun sepakan penalti Safawi Rasyid tidak menerjah jaring. Selang 8 minit selepas itu barulah skuad Malaysia dapat menyamakan kedudukan di minit 57' melalui pemain naturalisasi raja gelek Liridon.

Gol kedua Ikhsan Fandi di minit 76' membuatkan Malaysia tewas. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ukuran Padang bola sepak adalah medium untuk anda bermain sukan nombor satu Malaysia

Melaka pilih K Devan untuk terajui Melaka FC