DIOGO JOTA antara hero Portugal menewaskan pasukan Turki 3-1 (Highlight game)
Diogo Jota menjaringkan gol ketika bertemu Turki dalam aksi playoff Zon Eropah pada Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di Porto.
Kelayakan Piala Dunia:
Bermain di halaman sendiri menaikkan keyakinan Portugal ketika bertemu Turki. Walaupun pergerakan Cristiano Ronaldo telah dirantai untuk menjaringkan gol namun jaringan yang dihasilkan Otavio, minit 15', Diogo Jota, minit 42' dan Matheus Nunes, minit 94' masa tambahan mengesahkan kemenangan berharga. Turki cuba untuk menyekat kemenangan Portugal namun agak sukar untuk menjaringkan gol namun dapat juga menghasilkan gol pada minit 65'. Jaringan Matheus Nunes mematikan hasrat untuk layak ke Piala Dunia.
Cabaran Portugal seterusnya bertemu Macedonia. Mereka diingatkan tidak memandang rendah keupayaan Macedonia selepas pasukan itu menyingkirkan juara Euro 2020 iaitu Itali dari mara ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022.
Pengendali Portugal, Fernando Santos juga mahukan para pemainnya berlawan bermati-matian bagi mendapatkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas anak buah Blagoja Milevski menewaskan Itali.
Fernando Santos berkata:
" Ya, saya merasakan sebelum ini Macedonia Utara pernah memberikan amaran akan melakukan kejutan terhadap pasukan Itali biarpun beraksi di Palermo".
"Kini kami Portugal perlu menunjukkan rasa hormat yang sama kepada Macedonia Utara yang telah mengalahkan Itali".
"Pada perlawanan seterusnya kami menentang pasukan Macedonia Utara bukan satu perlawanan mudah. Ia ibarat perlawanan akhir kerana apa sahaja boleh berlaku".
" Kami perlu menghadapinya dengan fokus yang tinggi serta sepenuh jiwa. Macedonia Utara antara pasukan merbahaya selepas menewaskan Itali yang mempunyai ramai pemain bintang". Kata Fernando Santos.
Adakah Portugal akan layak ke pusingan akhir Piala Dunia Qatar 2022? Sama-sama kita saksikan.
Saksikan highlight ini dari Astro Supersport
Ulasan
Catat Ulasan