Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Prinsip latihan senaman (Principles of exercise training) {Kekuatan otot}

Imej
Pengenalan: Bryan Clay merupakan seorang atlet olahraga balapan dan padang di Amerika yang telah memenangi pingat emas dalam acara Decathlon ketika di pertandingan Olimpik di Beijing, China pada tahun 2008, serta beliau telah mengambil alih gelaran pemenang Olimpik pada tahun 2002 iaitu Sebrle. Sebrle mencatat rekod dunia dalam acara Decathlon di mana mempungut 9000 skor markah pada tahun 2001.      Decathlon merupakan acara yang mencabar kekuatan fizikal atlet pada tahap tinggi di mana mereka perlu bertanding dalam beberapa acara untuk menguji larian pecutan, lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi dan 400m dalam hari yang pertama. Pada hari kedua pula mereka perlu bersaing dalam acara 110m lari berpagar, lempar cakera, lompat bergalah, merejam lembing dan larian 1500m.      Dalam bab ini kita ingin mengupas tentang cara latihan yang spesifik untuk acara dalam sesuatu sukan. Latihan kekuatan otot yang intensif akan meningkatkan prestasi atlet untuk menyertai pertandingan Decathlon k